Format All Together Now Malaysia (musim 2)

Berbanding dengan versi asalnya, versi Malaysia hanya mempunyai 50 juri untuk musim ini disebabkan sekatan pandemik COVID-19. Juri terdiri daripada ketua juri, yang dikenali sebagai kapten, yang diketuai oleh Dato AC Mizal, diikuti oleh 49 juri yang lain. Setiap juri mewakili dua markah untuk memilih peserta didalam setiap pusingan dengan menekan buzzer.

The Heat

Pada pusingan ini, peserta harus mengatasi pesaing mereka untuk mendapatkan tempat di tiga podium teratas. Setiap kali peserta mendapat markah yang tinggi daripada para juri, peserta yang berada di podium ketiga akan disingkirkan. Dari setiap pusingan ini, cuma dua peserta yang layak beraksi di pentas akhir. Pada hujung pusingan ini, peserta yang mendapat markah tertinggi dan berada di podium pertama secara automatik layak ke pentas akhir. Peserta yang berada di podium kedua dan ketiga akan berentap di pusingan seterusnya untuk melayakkan diri berada di kedudukan dua teratas. Sekiranya peserta berada dikedudukan seri, keputusan hanya boleh dibuat oleh Kapten untuk memilih salah seorang peserta yang terbaik. Jika Kapten memilih peserta yang baru, maka peserta yang berada di podium akan digantikan dan begitu juga sebaliknya.

Sing-off

Pada pusingan ini, markah akan ditetapkan semula kepada 0 dan peserta yang berada di kedudukan kedua dan ketiga akan membuat persembahan dengan lagu pilihan peserta itu sendiri. Peserta yang mendapat markah tertinggi di pusingan ini akan melayakkan diri ke pentas akhir.